Saya bercadang untuk membeli bateri bersaiz AAAA kerana sukar untuk mendapatkannya di Malaysia, saya emelkan kepada Energizer, katanya paling hampir di Singapura, lalu saya mengambil inisiatif untuk cuba membelinya dia Amazon.com — silap langkah

I was thinking about buying an AAAA size batteries because they are hard to find here in Malaysia, I emailed Energizer for that matter, they said the closest I can get is from Singapore, so I took an initiative to try to buy ’em from Amazon.com — big mistake

battery

Transformers Age of Failure

Posted: 21 : 09 : 2014 in Movies
Tags:

Sejak semalam Flash CS6 saya mengalami masalah yang saya tidak tahu mengapa. Saya secara cerdiknya membuang perisian tersebut, memulakan semula komputer dan memasang semula perisian tersebut, ia nyata berhasil hingga pagi ini ia kembali tidak mahu terpasang seperti biasa. Saya membuat kaedah yang sama dengan membuang dan memasang semula, nyata ia tidak berjaya kali ini. Kemudian saya mencari penyelesaian dilaman sesawang dan hasilnya berkesan, saya kini mampu membuka semula Flash CS6 saya tanpa sebarang masalah.
My Flash CS6 became a pain in the ass since yesterday and i don’t know why. With a lot of genius thought, i decided to uninstall the software, restart my pc, and install it again, and it worked, until this morning it happened again, it just won’t start like normally it does. I did the same method as yesterday, and it didn’t work. Then i search over the internet and i got the solution, i now can open my Flash CS6 without a problem.

Saya dengan berbesar hati, membuat langkah-langkah memulihkan Flash CS6 anda yang sakit itu:
I now proudly present, a step-by-step on how to fix your sick Flash CS6:

Langkah 1
Step 1

step1
Buka My Computer dan pilih pemandu C
Open My Computer and choose drive C

Langkah 2
Step 2

step2
Klik pada folder Users (atau nama pengguna komputer jika anda menggunakan nama lain)
Click on Users folder (or any other given name if you use different name)

Langkah 3
Step 3

step3
Klik pada folder Users (atau nama pengguna komputer jika anda menggunakan nama lain)
Click on Users folder (or any other given name if you use different name)

Langkah 4
Step 4

step4
Klik pada folder AppData (folder ini biasa diletakkan dalam keadaan tersembunyi, carilah cara untuk menemukannya)
Click on the AppData folder (this folder usually was set to hidden, find a way to see it)

Langkah 5
Step 5

step5
Klik pada folder Local
Click on the Local folder

Langkah 6
Step 6

step6
Klik pada folder Adobe
Click on the Adobe folder

Langkah 7
Step 7

step7
Klik pada folder Flash CS6
Click on the Flash CS6 folder

Langkah 8
Step 8

step8
Klik pada folderen_US
Click on the en_US folder

Langkah 9
Step 9

step9
Klik pada folder Configuration
Click on the Configuration folder

Langkah 10
Step 10

step10
Terdapat fail bernama fontinfo. Bukakannya
There’s a file named foninfo. Open it

Langkah 11
Step 11

step11
Didalamnya tersenarai maklumat tentang rupataip dari komputer anda, pilih semua dan buangkan (anda boleh membuat sandaran sebelum memulakan langkah ini, terserah, anda sudah besar panjang). Simpan fail tersebut dan tutup
Inside, there’s an info of your font types from your very computer, select all and delete (you can make a backup before you did this step, it’s up to you, you’ve grown now). Save the file and close

Langkah 12
Step 12

step12
Kemudian klik kanan pada fail tersebut. Anda perlu klik pada pilihan Read-only, ini penting agar Flash tidak akan lagi menulis apa-apa pada fail tersebut. Klik OK dan tutup
Then right click on that file. You need to click on the Read-only option, this is necessary so that Flash won’t write anything into that file again. Click OK and close

Siap!
Finish!

FlashCS6
Sekarang anda boleh kembali menggunakan Flash CS6 anda tanpa rasa bersalah!
Now you can use your Flash CS6 without any of a guilt!

Ringkasan langkah
Steps Summary
C:\Users\User\AppData\Local\Adobe\Flash CS6\en_US\Configuration

Sering saya bergurau dengan rakan-rakan pejabat, sahabat handai, mahupun adik beradik saya tatkala mereka bermain permainan digital yakni “Alaaa pakai cheatcode bolehla”, dan reaksi mereka adalah tidak senang atau mempertahan bahwa mereka bermain dengan jujur. Walhal saya tahu mereka bermain dengan jujur dan saya tahu sayalah yang lebih banyak mengguna kod tipu (cheat code).
Dalam apa jua bentuk permainan, sebelum bermain sepenuh hati, saya akan pastikan permainan tersebut punya atau dibolehkan mengguna kod tipu. Dan saya tidak akan bermain jika ia tidak punya atau tidak dibenar mengguna kod tipu. Hal ini menjadi kebiasaan, terlalu biasa hingga saya mampu menulis catatan mengapa ianya penting. Sedia maklum ia penting bagi penguji permainan tersebut, hakikatnya apa kepentingan besarnya~

M  A  S  A

Perkara paling penting ialah masa. Saya tidak akan sentuh darihal kepentingan lain (saya masih belum terfikir), tetapi ia adalah penting dari sudut masa. Sebagai seorang yang sentiasa dikejar masa, segala kerja terhasil dengan terburu-buru, selitan masa yang sedikit kadangkala saya lepaskan dengan bermain permainan digital. Dengan masa yang sangat sedikit ini, saya tidak mahu berakhir dengan kekecewaan. Andai permainan tersebut melibatkan perjalanan tugas yang panjang yang PASTI saya tidak mampu hidup (dalam permainan) sepanjang menjalankan tugas yang diberi, saya perlukan bantuan. Saya tidak mahu tugas-tugas dari permainan tersebut mengheret saya hingga 2 atau 3 jam dan berakhir dengan kekalahan atau hasil yang tidak memberangsangkan. Jadi saya perlukan kod tipu.

cheats

Adalah penting untuk memilih permainan yang hasilnya segera dan mudah tamat. Bermain maksudnya kesenangan, keriangan, keseronokan. Pabila bermain menjadi beban, pada hemat saya ia bukanlah bermain lagi. Jadi, dari menanggung kepayahan dan tekanan sebegini, saya lebih selesa bermain dengan kod tipu. Jika anda punya masa banyak untuk dibazirkan, tidak mengapalah. Saya hanya tahu kod tipu menyelamatkan banyak masa saya dan mengekalkan ketenangan saya dimasa-masa kalut dan kabut~

~o~

I often making jokes with my colleagues, friends, even my kins while they’re playing digital games, i used to say “No wonder, you’re using cheat code”, and their reaction was not comfortable or defending that they’re playing straight. I know they’re playing straight and I know that i’m the one uses cheat code a lot.In any type of games, before i could give all my heart, i have to make sure that it can or cheat code enabled. And i will not play it if it’s not. This became a common thing for me, to common that i can wrote why is it so importance. Do acknowledge that its important to the games testers, but what is the biggest point there~

T  I  M  E

The most important thing is time. I will not talk about other important point (I’m not yet have any idea), but it is important in term of time. As somebody that always chased by time, every works done in matter of urgency, this slight gap of time i use it to play some games. With this very little time, i don’t want to end it with disappointment. If the games involve a long task journey that i know i couldn’t survive along the task, i need help. I don’t like the game took me 2 or 3 hours and ended lose or a very little result. So i really do need a cheat code. It makes me happy!

cheats1
It is important to choose a game that could have a instant result and simple ending. Playing is fun, happy, joy. When playing become a burden, for me it’s not playing anymore. So, instead of taking a risk and stress, i choose to use cheat code. If u have a lot of time to waste, that’s okay. All i know is cheat code saved me a lot of time and keep me emotionally happy in time of tensions~

Pautan berguna/ Useful link
www.cheatengine.org/

Dalam kesibukan tidak tentu hala hari ini, saya pening-pening lalu saya cuba lari sebentar dari kemusnahan diri dan menulis langkah-langkah berkongsi kiriman dari WordPress ke Facebook ini, agar menjadi pedoman buat pengguna semua.

Baiklah, tanpa melengahkan masa dan berterima kasih lagi, kita mulakan kehidupan baru ini!!
(klik untuk paparan lebih jelas)

Langkah 1:
step1Dari muka depan akaun anda, klik Setting

Langkah 2:step2Kemudian klik Sharing

Langkah 3:
step3Dalam paparan ini, klik Connect untuk akaun Facebook (anda juga boleh klik pilihan lain — terpulanglah, anda semua sudah besar panjang)

Langkah 4:
step4Kemudian anda akan terus dibawa ke aturcara Facebook, paparan ini keluar jika anda belum atau tidak pernah membenarkan aturcara platform pada Facebook anda

Langkah 5:
step5Paparan ini akan muncul, klik sahaja Okay  (jika anda sudah membenar atucara platform sebelum ini, anda mungkin melepasi langkah 4 tanpa segan silu)

Langkah 6:step6Klik Okay (saya tidak tahu apa akan terjadi jika anda klik Skip – saya tidak bertanggungjawab)

Langkah 7:
step7Klik Okay (saya tidak tahu apa akan terjadi jika anda klik Skip – saya tidak bertanggungjawab)

Langkah 8:
step8Anda akan dilencongkan semula ke pangkal jalan…erm…yakni ke muka akaun WordPress anda, jika anda tiada akaun lain tiadalah terpacul paparan sebegini, mungkin ada satu sahaja akaun, klik OK

Langkah 9:step9Kini nama akaun Facebook anda telah dipapar sebagai sambungan terus, anda sudah boleh menulis kiriman dan ia akan terus dikirim ke dinding Facebook anda!! hooray!!

Pada hari kelmarin, saya membawa isteri dan anak-anak saya ke pekan untuk mengambil myKid anak ke 3 saya yang saya hampir terlupa bahwa ia sudah siap lebih sebulan, saya terpaksa meletak kereta jauh dari pejabat pendaftaran kerana pekan yang sudah sesak dikala tengah hari. Urusan mengambil myKid tidak begitu rumit, kerana saya terus diarah ke kaunter pegawai yang tidak punya pelanggan tika itu, kebetulan tidak ramai pula pelanggan hari itu. Pegawai tersebut sangat peramah, dan mudah senyum, hati saya berasa senang sungguh berurusan dengan beliau. Pegawai tersebut sedang sarat mengandung, begitu juga rakan sejawatnya di sebelah beliau. Tiba-tiba, tanpa diduga, pegawai mengandung yang menguruskan perihal myKid anak saya itu datang kepada saya. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana mata saya masih membaca beberapa lembaran risalah di atas meja tersebut. Tidak semena-mena pegawai tersebut terus sahaja duduk…

Beliau menyerahkan myKid tersebut dan saya berterima kasih dan berlalu dari kaunternya. Selepas itu saya membawa isteri dan anak-anak saya ke kedai runcit kerana anak lelaki saya baharu bangun dari tidur dan dia lapar katanya. Lantas saya membelikan mereka pisang goreng sebelum saya singgah di kedai runcit tersebut. Selepas menyerahkan pisang goreng tersebut, saya terus ke kedai runcit untuk membeli air minuman.

Kami seterusnya ke kedai alat tulis kerana isteri saya mahu membeli beberapa keperluan alat tulisnya. Isteri saya mulanya mengajak saya ke kedai gambar dahulu kerana dia hendak mencuci gambar sebanyak sepuluh (10) keping, andai dimasa hadapan pelbagai urusan hendak dibuat, tidak perlulah dia tergesa-gesa lagi, tetapi saya bawanya ke kedai alat tulis dahulu, saya pun tidak tahu mengapa. Selepas itu, baharulah saya bawa isteri saya ke kedai gambar. Mujur juga urusan mencuci gambar hanya beberapa minit. Sementara menunggu isteri saya selesai mencuci gambar, saya bermain permainan di dalam telefon bimbit, yakni, Asphalt 8: Airborne. Saya sangat menumpukan sepenuh perhatian kepada permainan tersebut. Anak-anak saya sedang menonton Looney Tunes yang sengaja kami sediakan di dalam kereta agar mereka tidak mati kebosanan.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan, tanpa berfikir panjang, saya terus membelok ke taman permainan.

Bukti kami beriadah di taman permainan

Makanan lewat malam

Sebagai menusia dengan tajuk pereka grafik didahi, tiadalah dapat saya mengelak dari bekerja lewat malam, saya fikir rakan-rakan sejawat juga senasib sama, bila sudah dipaksa badan kerja lewat malam, harusnya saya kekal dengan tumpuan penuh, tumpuan penuh berarti segala perkara yang memungkinkan tubuh kekal hidup hingga tujuan kerja malam tersebut tercapai

Kemudian saya terpaksa makan dan makan dan makan sambil bekerja, perihal ini mendorong kepada sikap suka makan hingga terbawa-bawa pada waktu siang, waktu santai, waktu hidup biasa — hasilnya tubuh yang kembang — dan pabila rakan saya menegur sinis/mengejek, apalah mampu saya buat, senyumkan sahajalah, maafkan mereka kerna tidak mengetahui, bak kata orang kulitnya putih yang tinggal di barat itu “Forgive is the sweetest revenge” (eh…apa pulak ni??)