Posts Tagged ‘melalut’

Sering saya bergurau dengan rakan-rakan pejabat, sahabat handai, mahupun adik beradik saya tatkala mereka bermain permainan digital yakni “Alaaa pakai cheatcode bolehla”, dan reaksi mereka adalah tidak senang atau mempertahan bahwa mereka bermain dengan jujur. Walhal saya tahu mereka bermain dengan jujur dan saya tahu sayalah yang lebih banyak mengguna kod tipu (cheat code).
Dalam apa jua bentuk permainan, sebelum bermain sepenuh hati, saya akan pastikan permainan tersebut punya atau dibolehkan mengguna kod tipu. Dan saya tidak akan bermain jika ia tidak punya atau tidak dibenar mengguna kod tipu. Hal ini menjadi kebiasaan, terlalu biasa hingga saya mampu menulis catatan mengapa ianya penting. Sedia maklum ia penting bagi penguji permainan tersebut, hakikatnya apa kepentingan besarnya~

M  A  S  A

Perkara paling penting ialah masa. Saya tidak akan sentuh darihal kepentingan lain (saya masih belum terfikir), tetapi ia adalah penting dari sudut masa. Sebagai seorang yang sentiasa dikejar masa, segala kerja terhasil dengan terburu-buru, selitan masa yang sedikit kadangkala saya lepaskan dengan bermain permainan digital. Dengan masa yang sangat sedikit ini, saya tidak mahu berakhir dengan kekecewaan. Andai permainan tersebut melibatkan perjalanan tugas yang panjang yang PASTI saya tidak mampu hidup (dalam permainan) sepanjang menjalankan tugas yang diberi, saya perlukan bantuan. Saya tidak mahu tugas-tugas dari permainan tersebut mengheret saya hingga 2 atau 3 jam dan berakhir dengan kekalahan atau hasil yang tidak memberangsangkan. Jadi saya perlukan kod tipu.

cheats

Adalah penting untuk memilih permainan yang hasilnya segera dan mudah tamat. Bermain maksudnya kesenangan, keriangan, keseronokan. Pabila bermain menjadi beban, pada hemat saya ia bukanlah bermain lagi. Jadi, dari menanggung kepayahan dan tekanan sebegini, saya lebih selesa bermain dengan kod tipu. Jika anda punya masa banyak untuk dibazirkan, tidak mengapalah. Saya hanya tahu kod tipu menyelamatkan banyak masa saya dan mengekalkan ketenangan saya dimasa-masa kalut dan kabut~

~o~

I often making jokes with my colleagues, friends, even my kins while they’re playing digital games, i used to say “No wonder, you’re using cheat code”, and their reaction was not comfortable or defending that they’re playing straight. I know they’re playing straight and I know that i’m the one uses cheat code a lot.In any type of games, before i could give all my heart, i have to make sure that it can or cheat code enabled. And i will not play it if it’s not. This became a common thing for me, to common that i can wrote why is it so importance. Do acknowledge that its important to the games testers, but what is the biggest point there~

T  I  M  E

The most important thing is time. I will not talk about other important point (I’m not yet have any idea), but it is important in term of time. As somebody that always chased by time, every works done in matter of urgency, this slight gap of time i use it to play some games. With this very little time, i don’t want to end it with disappointment. If the games involve a long task journey that i know i couldn’t survive along the task, i need help. I don’t like the game took me 2 or 3 hours and ended lose or a very little result. So i really do need a cheat code. It makes me happy!

cheats1
It is important to choose a game that could have a instant result and simple ending. Playing is fun, happy, joy. When playing become a burden, for me it’s not playing anymore. So, instead of taking a risk and stress, i choose to use cheat code. If u have a lot of time to waste, that’s okay. All i know is cheat code saved me a lot of time and keep me emotionally happy in time of tensions~

Pautan berguna/ Useful link
www.cheatengine.org/

Makanan lewat malam

Sebagai menusia dengan tajuk pereka grafik didahi, tiadalah dapat saya mengelak dari bekerja lewat malam, saya fikir rakan-rakan sejawat juga senasib sama, bila sudah dipaksa badan kerja lewat malam, harusnya saya kekal dengan tumpuan penuh, tumpuan penuh berarti segala perkara yang memungkinkan tubuh kekal hidup hingga tujuan kerja malam tersebut tercapai

Kemudian saya terpaksa makan dan makan dan makan sambil bekerja, perihal ini mendorong kepada sikap suka makan hingga terbawa-bawa pada waktu siang, waktu santai, waktu hidup biasa — hasilnya tubuh yang kembang — dan pabila rakan saya menegur sinis/mengejek, apalah mampu saya buat, senyumkan sahajalah, maafkan mereka kerna tidak mengetahui, bak kata orang kulitnya putih yang tinggal di barat itu “Forgive is the sweetest revenge” (eh…apa pulak ni??)

kucing batu cantik!!

yang 1st tu maybe tak begitu famous, slalunya pakai ngn mmber2 dekat ngn aku je, ramai org skang suka pakai BRO, secara hemsemnya aku tak ske psl….cam tak best langsung, kakakakaka, so aku pakai DUDE,

“ni camna a dude?? aku tak reti ah, kalu kau reti kau buatkan. dude, nnt claim ah kat aku, tade hal lah~. dude, kang kalu dah settle bagitau, aku belanja kau makan”

ni contoh ayat la, aku ske pakai dude, sebab mcm sebaya, takde nak respek sgt, aku perasan org yang pakai bro ni dia akan disertakan ngn nama org yang di rujuk tu, contohnya;

“ni camna a bro tanglong?? aku tak reti ah, kalu kau reti kau buatkan. bro, nnt claim ah kat aku, tade hal lah~. bro tanglong, kang kalu dah settle bagitau, kau belanja aku pizza”

tengok tu, tak best kan pakai bro?? kejap ada nama, kejap takde, serasa aku la…dia cam menambah respek la kononnya, mungkin pada si pemakai bunyi dia stylish n penuh kesantunan, tapi bagi aku, cam disturbing sebab kau akan menggayakan cara percakapan tu penuh konfiden yang dibuat2 n muka yang cukup hemsem kalu kau cakap masatu ada awek chantek dekat2 ngn kau, kalu tak chantek pon, maybe just nak tunjuk kau cukup manly dan hebat diranjangan

oh btw, sesapa yang guna BRO instead of DUDE mcm aku guna, jgn snap, ini hanyalah luahan seorang jantan kepada kawan2nya yang sudi membaca blognya

sebelum aku guna dude ni, aku panggil org pakai DOL n WAKDOL, ternyata pada aku adalah lebih melayu dan lebih mesra rakyat, tapi ada jugak yang snap, “weh, aku bukan dol ah~”, sori kawan, itu bukan penghinaan, itu panggilan dari seorang lelaki kepada lelaki yang lain, sama level mcm kau panggil org tu mat, mamat, yop, ayob, si polan ke hapa ke lagi tatau, kalu kau gunakan ayat tu dalam kadar yang mesra alam kat aku, takdela aku nak snap, kalu kau pakai ayat tu, even panggil bro sekalipon sambil gaya mcm nak ajak gaduh, bunuh n rogol wife aku, memang la aku snap~

sejak aku bergiat aktif ngn deviantart, aku panggil mmber2 aku dude, ada yang folow, aku nak try pakai mate plak masa akan dtg, tapi cam bunyi mat la jugak kan, ke kalu aku panggil mat nnt ada mmber snap igt dia cam kampung gila aku panggil mat, takpe, nnt aku test 😀

budak pompuan aku tatau korang panggil sesama korang (secara general) apa, minah?? betina?? nek?? pompuan tu??, apa2 pon, aku tau korang lebih sopan, maybe awak @ dirimu @ dikau @ adinda @ saudari @ cik @ puan @ tuan hambi (hamba untuk laki, tau!!) atau apa jeh, janji manis2 bunyinya

BEB ni aku no komen pasal aku cam 50 -50 bila org panggil aku BEB masa becakap ngn aku, maybe aku tros terasa 2 alam masatu, tapi tanpa nafsu (nafsu dijual berasingan)

lagi 3omin saudari aku nak abis kelas pjj dia kat upm, aku nak kena jemput saudari aku, nnt aku nak try bahasakan saudari aku saudari masa becakap, camna eh bunyinya?? mesti dia igt aku tebiat atau amnesia, takpe, kita cuba

p/s :: panggillah sesapa pon ngn gelaran apa pun, tapi kalu mulakan ngn salam mesti lagi best (wah cam baik gila aku, kakakakaka)