Archive for the ‘Lupa Tag!’ Category

Berpuasa

Posted: 22 : 01 : 2019 in Lupa Tag!

Minggu lepas saya berpuasa ganti berikutan tahun sudah saya terpaksa minum akibat kerja terok-terok tengah panas. Esoknya saya berpuasa mukabuku. Saya masih hidup bagaimanapun. Saya sentiasa kagum dengan orang yang tidak punya mukabuku. Saya lupa bagaimana hidup sebelum memilikinya. Dini saya belajar kembali untok tidak mengenal mukabuku yang makin hari makin jelek dengan kawan-kawan bergadoh politik. Bluerrghhh~

Advertisements

Pensil warna

Posted: 13 : 02 : 2012 in Lupa Tag!
Tags:

masa kecik2 dulu, kalau dapat pensil warna, bahagia sampai masuk mimpi
tula barang paling cantik dalam beg
pensil warna baru dapat treatment 1st class dari alat tulis lain
guna sikit2 je, tanak patah tanak kena asah slalu
dah guna kena susun ikut aturan balik
pensil warna dulu tak mcm sekarang, dulu senang patah
kalu beli pensil warna swan, atau jenama tak berapa best, nanti asah kayu dia pecah
pensil warna sekarang dah ada teknologi “degil tanak patah”
aku bagi anak aku main pensil warna semalam, dah masuk hari ke 3 dia main warna2
dia dah bosan, dia ketuk2 ke lantai
patah juga pensil warna tu…
dulu dapat pensil warna baru, kawan mesti kecek
nanti tarik muka sebab kawan pakai tak cermat, slalu nak kena asah
anak2 org kaya takpela, pensil warna jenis panjang
mesti jenama LUNA
org2 kebanyakan ni pensil warna swan jela paling hebat pon
pastu jenis kecik 12batang — tu pun kena kecek
mak aku slalu marah, pensil warna cepat habis, sebab aku bagi kawan pakai
maaf mak~

Posted: 24 : 06 : 2010 in Lupa Tag!

Having fun redesining Flintstones

it is now officially official!!

Posted: 31 : 03 : 2010 in Lupa Tag!

aku telah mengambil keputusan untuk tidak reprint ARTBOOK VOL1 ni, makanya, stok yang ada skarang adalah stok terakhir dan menunggu untuk vol2 yang akan lebih terhad printingnya, juga tidak akan reprint

Branding

Posted: 22 : 03 : 2010 in Lupa Tag!
Tags:

mcm2 dah dalam kepala, nak buat itu nak buat ini, soalnya sabar, tunggu dan dahulukan apa yang patut, erm…dahulukan tu maksudnya ada 2, dahulukan kerja wajib dan dahulukan wang sendiri, maksud yang kedua tu sgt berat, tak tedaya nak pikul, tapi kena jugak saba, insyaallah ada rezeki

aku cuba sedaya upaya brand kan TANGH! sebaik mungkin, taon depan punya plan pon dah mcm2, disamping berkhayal, rupa2 duit lalu bersama, buatkan aku khayal sekejap2

baby nak kuar, modal blom sampai target…bismillah~

Artbook Preview

Posted: 18 : 03 : 2010 in Lupa Tag!

Preview Artbook!!

klik untuk melihat dengan lebih jelas!!

TANGH!: Kamal Masrun’s Artbook VOL. 1

Dari ilustrator dan animator TANGLONG, buat julung kalinya secara eksklusif di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, dengan inisitiaf gerakan bersepadu MANTERAWORKS, mempersembahkan TANGH! : Kamal Masrun’s Artbook VOLUME 1[/color]

Pada bermula tanggalnya 19hb Mac 2010 ini nanti, MANTERAWORKS akan melancarkan sebuah hasil usaha ilustrator dan animator prolifik TANGLONG @ KAMAL MASRUN dengan penerbitan TANGH! : Kamal Masrun’s Artbook VOLUME 1 !

Siri ini adalah berinspirasi dari koleksi portfolio dan artwork terbaik TANGH sepanjang kariernya sebagai seorang seniman dan karyawan komik.Ada diantara paparan karya dan kerja seni komik yang terkandung di dalam artbook ini, tidak pernah muncul dan BARU sahaja didedahkan kepada khalayak dunia buat PERTAMA kali!

Cetakan self-published edisi terhad ini, diterbitkan melalui proses yang cukup teliti, perinci dan kualiti sekali dengan penampilan 40 variasi ilustrasi serta artwork pilihan terbaik. Mempunyai lembaran 48 muka surat bersaiz A4, malah disertakan juga poster mega eksklusif hanya dari TANGLONG!

Maka, inilah masanya yang paling tepat sekali untuk anda memiliki artbook unggul serba ISTIMEWA DAN EKSKLUSIF ini dijadikan koleksi peribadi anda sebagai seorang pencinta seni dan komik.

Pre-order SEKARANG di:
budaksapa@yahoo.com / TANGLONG @ KAMAL MASRUN
faizalmukhtar@gmail.com / FAIZAL MUKHTAR
atau layari
tanglong.deviantart.com
faizalmukhtar.com
tshirtstudiomalaysia.blogspot.com

————————————————————————————————————————–

+ artbook aku ni publish sendri
:: RM25 format english
:: 48 page dengan 40 official artworks format A4 (tak termasuk kulit)
:: poster bersaiz A2 (compliment from the chef)
:: pre order buleh di buat melalui pergh.com (pm aku), atau emel aku budaksapa@yahoo.com

+ kalu korang penah beli popcorn, bayangkan cover popcorn tu jadi inlay artbook ni :D, tebal la critanya ni, poster size A2 besar siol, ouh, officially mula dijual di pesta buku, tapi aku menerima pre order mulai harini

+ aku juga akan berada di booth – manteraworks (confirm on weekend) untuk sesi autograf n sesi KARIKATUR RM1!!; kutip fund untuk aqeqah baby tangh! bulan 5 karang :D (doakan baby selamat, sehat, soleh – boy, dan umminya jugak selamat, amin…)

++ jangan compare aku dengan company besar yang bleh publish printing dengan volume yang banyak dgn harga mampu milik (murah), aku bergerak sendiri, tolong aku juga untuk lebih bergerak dimasa akan dtg, tentu sekali aku feature artis lain nanti, aku perlukan sokongan semua untuk ini :)

SOKONGLAH INDUSTRI KECIL KITA YEARH!!!!!

IMPORTANT!! :: untuk pre order, nyatakan sama ada anda mahu mengambil sendiri di booth atau postal servis (kos penghantaran akan diumumkan kemudian), terima kaseh! :)