Archive for November, 2013

Dalam kesibukan tidak tentu hala hari ini, saya pening-pening lalu saya cuba lari sebentar dari kemusnahan diri dan menulis langkah-langkah berkongsi kiriman dari WordPress ke Facebook ini, agar menjadi pedoman buat pengguna semua.

Baiklah, tanpa melengahkan masa dan berterima kasih lagi, kita mulakan kehidupan baru ini!!
(klik untuk paparan lebih jelas)

Langkah 1:
step1Dari muka depan akaun anda, klik Setting

Langkah 2:step2Kemudian klik Sharing

Langkah 3:
step3Dalam paparan ini, klik Connect untuk akaun Facebook (anda juga boleh klik pilihan lain — terpulanglah, anda semua sudah besar panjang)

Langkah 4:
step4Kemudian anda akan terus dibawa ke aturcara Facebook, paparan ini keluar jika anda belum atau tidak pernah membenarkan aturcara platform pada Facebook anda

Langkah 5:
step5Paparan ini akan muncul, klik sahaja Okay  (jika anda sudah membenar atucara platform sebelum ini, anda mungkin melepasi langkah 4 tanpa segan silu)

Langkah 6:step6Klik Okay (saya tidak tahu apa akan terjadi jika anda klik Skip – saya tidak bertanggungjawab)

Langkah 7:
step7Klik Okay (saya tidak tahu apa akan terjadi jika anda klik Skip – saya tidak bertanggungjawab)

Langkah 8:
step8Anda akan dilencongkan semula ke pangkal jalan…erm…yakni ke muka akaun WordPress anda, jika anda tiada akaun lain tiadalah terpacul paparan sebegini, mungkin ada satu sahaja akaun, klik OK

Langkah 9:step9Kini nama akaun Facebook anda telah dipapar sebagai sambungan terus, anda sudah boleh menulis kiriman dan ia akan terus dikirim ke dinding Facebook anda!! hooray!!

Pada hari kelmarin, saya membawa isteri dan anak-anak saya ke pekan untuk mengambil myKid anak ke 3 saya yang saya hampir terlupa bahwa ia sudah siap lebih sebulan, saya terpaksa meletak kereta jauh dari pejabat pendaftaran kerana pekan yang sudah sesak dikala tengah hari. Urusan mengambil myKid tidak begitu rumit, kerana saya terus diarah ke kaunter pegawai yang tidak punya pelanggan tika itu, kebetulan tidak ramai pula pelanggan hari itu. Pegawai tersebut sangat peramah, dan mudah senyum, hati saya berasa senang sungguh berurusan dengan beliau. Pegawai tersebut sedang sarat mengandung, begitu juga rakan sejawatnya di sebelah beliau. Tiba-tiba, tanpa diduga, pegawai mengandung yang menguruskan perihal myKid anak saya itu datang kepada saya. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana mata saya masih membaca beberapa lembaran risalah di atas meja tersebut. Tidak semena-mena pegawai tersebut terus sahaja duduk…

Beliau menyerahkan myKid tersebut dan saya berterima kasih dan berlalu dari kaunternya. Selepas itu saya membawa isteri dan anak-anak saya ke kedai runcit kerana anak lelaki saya baharu bangun dari tidur dan dia lapar katanya. Lantas saya membelikan mereka pisang goreng sebelum saya singgah di kedai runcit tersebut. Selepas menyerahkan pisang goreng tersebut, saya terus ke kedai runcit untuk membeli air minuman.

Kami seterusnya ke kedai alat tulis kerana isteri saya mahu membeli beberapa keperluan alat tulisnya. Isteri saya mulanya mengajak saya ke kedai gambar dahulu kerana dia hendak mencuci gambar sebanyak sepuluh (10) keping, andai dimasa hadapan pelbagai urusan hendak dibuat, tidak perlulah dia tergesa-gesa lagi, tetapi saya bawanya ke kedai alat tulis dahulu, saya pun tidak tahu mengapa. Selepas itu, baharulah saya bawa isteri saya ke kedai gambar. Mujur juga urusan mencuci gambar hanya beberapa minit. Sementara menunggu isteri saya selesai mencuci gambar, saya bermain permainan di dalam telefon bimbit, yakni, Asphalt 8: Airborne. Saya sangat menumpukan sepenuh perhatian kepada permainan tersebut. Anak-anak saya sedang menonton Looney Tunes yang sengaja kami sediakan di dalam kereta agar mereka tidak mati kebosanan.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan, tanpa berfikir panjang, saya terus membelok ke taman permainan.

Bukti kami beriadah di taman permainan

Makanan lewat malam

Sebagai menusia dengan tajuk pereka grafik didahi, tiadalah dapat saya mengelak dari bekerja lewat malam, saya fikir rakan-rakan sejawat juga senasib sama, bila sudah dipaksa badan kerja lewat malam, harusnya saya kekal dengan tumpuan penuh, tumpuan penuh berarti segala perkara yang memungkinkan tubuh kekal hidup hingga tujuan kerja malam tersebut tercapai

Kemudian saya terpaksa makan dan makan dan makan sambil bekerja, perihal ini mendorong kepada sikap suka makan hingga terbawa-bawa pada waktu siang, waktu santai, waktu hidup biasa — hasilnya tubuh yang kembang — dan pabila rakan saya menegur sinis/mengejek, apalah mampu saya buat, senyumkan sahajalah, maafkan mereka kerna tidak mengetahui, bak kata orang kulitnya putih yang tinggal di barat itu “Forgive is the sweetest revenge” (eh…apa pulak ni??)

After several discussion forums and bunch of tries, it just won’t work!! I almost gave up.
The solution came to sense a half an hour after by USING DIFFERENT COMPUTER

The virus/malware infected my laptop, and thank you ALLAH I have 2 computers standby in the next room and in the living room. I did test on both, they worked fine and I wish they won’t get infection as well, knowing that I don’t have antivirus/ antimalware in my new pc, and NOD32 v4 in my older pc (but it didn’t do much, don’t bother click on it)

And yes, of all solutions spread in web, whatever you think it is, IT REALLY IS

First method:
1. Open CMD from start menu
2. enter a command; attrib -h -r -s /s /d h:\*.* (assuming your flash drive is on H:)
3. and hit Enter
4. wait until another line appear (below the one that u just typed in), then the work is done
5. go back to your USB/ Flash Drive delete all the shortcuts and anything unusual to your eyes
6. now you’re clean~

Second method:
I won’t recommend this method, it won’t harm your machine nor system, but it just hard on the ball to go through every file in your USB/ Flash Drive, this method use, however, ONLY TO OPEN YOUR FILE (in case it won’t open directly and you’re panicking without a reason)

1. right click on infected/ shortcut file and click properties
2. in the target bar, remove the address, put the original address (if only you remember) WITH the file extension
example: H:\document.docx or H:\document.lnk
3. hit Apply and OK

this however enable you to open the file, you can even save it to another folder somewhere else, this happen because the original file is still there, that evil thing just hide them from your beautiful eyes, but of course its a hard work
KEEP IN MIND — this only work on file that can be accessed and saved, you can’t expect to save a video right??

Third method:
1. open cmd
2. open the USB/ Flash Drive
example: type H: (if your USB/ Flash Drive is in H:)
3. type dir (this will list all files in the directory)
4. if you can’t change the attribution (from the first method), maybe you can move those files to another location from here
5. to that, you have to find it how, yourself

I’m sorry i couldn’t help much further, my kids crying, i have to go feed them, if i have a free time, I’ll update as quick as brown fox — Next time, I’ll try to screenshot them bastards!! ruined my day