Archive for April, 2008

tajuk tu saje aku buat camtu sebab nnt kalu ada org nak search pasal tu insyaallah akan ke page ni sama

berikut adalah aku nye pandangan kepada kedua2 produk broadband ni, kedua2 nya adalah sucks for some reason yang kalu korang nak tau lebih korang bleh lah subscribe 😀

ok, aku skang pakai CELCOM Broadband, apparently sebab pada aku sgt convenient
apa2 pon aku nak crita dulu pasal MAXIS Broadband berikutan aku hanya mengenali MAXIS Bb dalam 1 – 2 hari (pinjam member aku nye)

MAXIS Broadband

MAXIS bb yang aku tau,most of member aku amik register murah, rm100, n dia akan bagi kau modem huawei yang kapasiti sebenarnya adalah untuk wireless connection yang sgt laju, tapi kat msia ni, aku tatau dorang kedekut ke hape, atau selfish, so dorang kasik 3mbps, tu yang dorang cakapla, unlimited, free itu ini (yearp itu adalah PROPAGANDA), biasa ah kejahatan marketing kita sgt sedia maklum
aku dah cuba member aku nye MAXIS bb, line kat umah aku sgt ok, aku cuba test kat http://www.speedtest.net, nak tgk speed kat umah aku brapa, mengejutkan pasal dia bleh sampai 1mb!! hebat btol, tapi dia takleh nak donlod torrent or p2p, n certain website dia tak kasik bukak, aku tatau apsal, tapi sebenanya adalah untuk tidak memberatkan / menyelowkan koneksi korang, maybe tula yang ‘unlimited’ yang dimaksudkan, so untuk kawan2 yang kaki donlod torrent n p2p, dinasihatkan carik la solution lain, aku tau MAXIS tgh tingkatkan servis dorang, tapi, yelakan….critanya kau nak pakai sekarang :D, aku difahamkan yang MAXIS bb sebenarnya mengehadkan donlod korang kepada 3gb sebulan sebenarnya (aku tatau apa yang unlimitednye), igt ya, aku hanya difahamkan, bukan aku yang buat law
dan jugak dari review yang aku baca….untuk yang tinggal kat umah yang tinggi lebih dari tingkat 5, lebih baik korang pegi cc, sebab MAXIS bb tak sampai lagi teknologinye melepasi 5tingkat umah korang 🙂
ok, dari segi bayaran bulan2 dia, korang kene bayar rm105 3bulan pertama, kemudiannya rm130 sampai kau muak pakai, diingatkan disini, muak camna pon korang nnt, korang akan sentiasa bayar (fixed) rm130 selama 2tahun kontrak, itu yang difahamkan kat aku, untuk terminate servis within the contract period, wallahualam, aku baca beberapa blog yang review jugak pasal ni….rm1300 penalti….btol tak betul wallahualam, aku tak penah pakai, aku hanya menyambung lidah org yang dah pakai, korang bleh tanya sendri MAXIS Center
tak silap aku dorang ada hidden charges (ni perkara biasa buat MAXIS – buatkan aku takut nak melanggan sebarang produk MAXIS, kecuali no kedua aku adalah MAXIS prepaid), pada pengakhiran blog ni aku akan buat sinopsis yang korang senang nak tgk antara MAXIS bb n CELCOM bb

CELCOM Broadband

ok, CELCOM Broadband yang aku kenal n tgh pakai ni (betrayer!! – pakai celcom, kutuk celcom, hahahahaha), dia ada 3 pakej mudah yang korang bleh pilih ngn senyuman yang lebar (untuk yang berduit n tak kesah sgt), n senyuman pra-kambing /pra-kerang (untuk yang sengkek n terpaksa cam aku)
3pakej ni:-
rm647 + rm68 / rm98 + kontrak 12bulan

rm799 + rm68 / rm98 (takde kontrak)

rm999 + rm68 / rm1047 + rm98 (takde kontrak + 6 bulan free access)

ada 3 pilihan modem yang diberikan (masa aku beli tula, lepas2 ni tataula); blue cube, huawei, ngn mende lagi1 aku tak tgk pasal tak menarik

ok dari segi koneksi dia, cambest je memula ( janji jgn kata ah…), aku ada tgk kat speestest, comparison antara syarikat2 telekomunikasi berkenaan internet kat situ, area umah aku, CELCOM bb adalah 2nd, STREAMYX 1st, MAXIS paling mangkuk skali (ni yang menyebabkan aku amik CELCOM)
korang bleh donlod torrent n p2p, n setakat ni takde plak dia block mana2 site, untuk CELCOM bb aku difaham limit donlod 5gb sebulan, tu pon ada yang cakap dia donlod byk gilos, tapi ok je, maybe la kot, aku tak penah lagi donlod byk2 camtu, kang tak larat nak bayar duit api plak…
dari segi bayaran korang sebulan, yang aku amik yang pakej kedua tu, so aku kene bayar rm98 sebulan, sampai aku muak, muak di sini adalah lebih free, sebab aku tak terikat ngn mana2 kontrak, kalu aku btolnye muak, aku bleh call center n terminate ske hati aku, n bila nak sambung aku gi center n register balik cambesa n bayar rm98, tu yang mamat kat counter tu bagitaula, nama dia MIKE, aku ske camtu sebab aku lebih bebas nak off bila (kebetulan ekonomi pon tgh menentang aku skang)

apa sebab CELCOM bb mahal aaaa??

korang kena faham part ni btol2 (ala senang je nak faham), bila korang register CELCOM bb, modem tu korang punya, kira cam korang beli la modem tu untuk korang. kalu MAXIS bb, modem tu korang sewa, tula dia murah, apa pro n contra dia forsure, pandai2 la korang nak pilih ikut kesesuaian diri, anak2, ekonomi n cuaca semasa

SINOPSIS kepada huraian di atas:

MAXIS bb | CELCOM bb

rm130/sbulan | rm68 / rm98
kontrak 2taon | takde kontrak (kecuali pakej paling murah dia)
modem sewa | modem korang beli masa register
donlod limit 3gb | donlod limit 5gb
ada procedure nak terminate | takde procedure sgt nak terminate (kecuali pakej paling murah)

aku tau aku tak cover beberapa persoalan yang korang mungkin tak berapa faham, tapi aku sendri lack of detail information, so aku bagi mana yang aku tau jeh, nampak cam pro CELCOM, tidak sebenanya

aku tgh pissed off sebenanya ni, aku pakai DAILY UNLIMITED dorang, rm8 sehari, connection surela tak berapa best pasal pakai hp as modem, dapat dalam 300++kbps (aku tak berapa igt actual number), skali pakai modem ni 128.oKbps je!!! apa ke bodo tah, harini aku dah call center 4kali, lain org lain laaaa caranya, last tadi call dia soh gi cek balik modem aku tu kat tempat aku daftar (Bandar Baru Klang), esok la kot aku pegi, dah petang ni, aku byk keja, nak gi jejalan lagi…
aku tatau brapa kali aku nye ym disconnect dalam 1minit, semalam kat ofis aku dapat 7.2 Mbps!! gilos cemerlang, laju cam aku dok kat
US plak rasanya, tapi kat umah 128.0 Kbps, hari2, kecuali malam tadi dalam kol 12 – 1….nampak mcam dorang sendri takde solution

untuk warga2 msia yang penah pakai produk2 ni mungkin tau betapa pedihnya melayan kebangsatan servis dorang ni (kecuali tempat korang ada capaian 3.5G), tapi on top of all this, aku tau mende ni adalah Share Base dan aku sgt faham juga SEDIKIT bersabar kerananya…tapi…company2 bagak camni…korang takde ke nak tambah kapasiti sharing tu kat tempat2 yang tentu2 ramai org yang reti pakai internet?? ke korang ikut cakap marketing yang jahat?? jahat btol korang….
(aku tau korang tgh tingkatkan servis korang…tapi aku nak apaki sekarang!!!! jahat btol…- oh ye…aku tgh emo :P)

sekian terima kasih kerana membaca review yang tak seberapa ni, semuga pengetahuan n pengalaman aku yang ciput ni dapat membantu korang memilih produk2 ni sebaik mungkin 🙂