Archive for February, 2010

TANGH!: Kamal Masrun’s Artbook VOL. 1

Dari ilustrator dan animator TANGLONG, buat julung kalinya secara eksklusif di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, dengan inisitiaf gerakan bersepadu MANTERAWORKS, mempersembahkan TANGH! : Kamal Masrun’s Artbook VOLUME 1[/color]

Pada bermula tanggalnya 19hb Mac 2010 ini nanti, MANTERAWORKS akan melancarkan sebuah hasil usaha ilustrator dan animator prolifik TANGLONG @ KAMAL MASRUN dengan penerbitan TANGH! : Kamal Masrun’s Artbook VOLUME 1 !

Siri ini adalah berinspirasi dari koleksi portfolio dan artwork terbaik TANGH sepanjang kariernya sebagai seorang seniman dan karyawan komik.Ada diantara paparan karya dan kerja seni komik yang terkandung di dalam artbook ini, tidak pernah muncul dan BARU sahaja didedahkan kepada khalayak dunia buat PERTAMA kali!

Cetakan self-published edisi terhad ini, diterbitkan melalui proses yang cukup teliti, perinci dan kualiti sekali dengan penampilan 40 variasi ilustrasi serta artwork pilihan terbaik. Mempunyai lembaran 48 muka surat bersaiz A4, malah disertakan juga poster mega eksklusif hanya dari TANGLONG!

Maka, inilah masanya yang paling tepat sekali untuk anda memiliki artbook unggul serba ISTIMEWA DAN EKSKLUSIF ini dijadikan koleksi peribadi anda sebagai seorang pencinta seni dan komik.

Pre-order SEKARANG di:
budaksapa@yahoo.com / TANGLONG @ KAMAL MASRUN
faizalmukhtar@gmail.com / FAIZAL MUKHTAR
atau layari
tanglong.deviantart.com
faizalmukhtar.com
tshirtstudiomalaysia.blogspot.com

————————————————————————————————————————–

+ artbook aku ni publish sendri
:: RM25 format english
:: 48 page dengan 40 official artworks format A4 (tak termasuk kulit)
:: poster bersaiz A2 (compliment from the chef)
:: pre order buleh di buat melalui pergh.com (pm aku), atau emel aku budaksapa@yahoo.com

+ kalu korang penah beli popcorn, bayangkan cover popcorn tu jadi inlay artbook ni :D, tebal la critanya ni, poster size A2 besar siol, ouh, officially mula dijual di pesta buku, tapi aku menerima pre order mulai harini

+ aku juga akan berada di booth – manteraworks (confirm on weekend) untuk sesi autograf n sesi KARIKATUR RM1!!; kutip fund untuk aqeqah baby tangh! bulan 5 karang :D (doakan baby selamat, sehat, soleh – boy, dan umminya jugak selamat, amin…)

++ jangan compare aku dengan company besar yang bleh publish printing dengan volume yang banyak dgn harga mampu milik (murah), aku bergerak sendiri, tolong aku juga untuk lebih bergerak dimasa akan dtg, tentu sekali aku feature artis lain nanti, aku perlukan sokongan semua untuk ini :)

SOKONGLAH INDUSTRI KECIL KITA YEARH!!!!!

IMPORTANT!! :: untuk pre order, nyatakan sama ada anda mahu mengambil sendiri di booth atau postal servis (kos penghantaran akan diumumkan kemudian), terima kaseh! :)

Advertisements