Posts Tagged ‘Bersama keluarga’

Pada hari kelmarin, saya membawa isteri dan anak-anak saya ke pekan untuk mengambil myKid anak ke 3 saya yang saya hampir terlupa bahwa ia sudah siap lebih sebulan, saya terpaksa meletak kereta jauh dari pejabat pendaftaran kerana pekan yang sudah sesak dikala tengah hari. Urusan mengambil myKid tidak begitu rumit, kerana saya terus diarah ke kaunter pegawai yang tidak punya pelanggan tika itu, kebetulan tidak ramai pula pelanggan hari itu. Pegawai tersebut sangat peramah, dan mudah senyum, hati saya berasa senang sungguh berurusan dengan beliau. Pegawai tersebut sedang sarat mengandung, begitu juga rakan sejawatnya di sebelah beliau. Tiba-tiba, tanpa diduga, pegawai mengandung yang menguruskan perihal myKid anak saya itu datang kepada saya. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana mata saya masih membaca beberapa lembaran risalah di atas meja tersebut. Tidak semena-mena pegawai tersebut terus sahaja duduk…

Beliau menyerahkan myKid tersebut dan saya berterima kasih dan berlalu dari kaunternya. Selepas itu saya membawa isteri dan anak-anak saya ke kedai runcit kerana anak lelaki saya baharu bangun dari tidur dan dia lapar katanya. Lantas saya membelikan mereka pisang goreng sebelum saya singgah di kedai runcit tersebut. Selepas menyerahkan pisang goreng tersebut, saya terus ke kedai runcit untuk membeli air minuman.

Kami seterusnya ke kedai alat tulis kerana isteri saya mahu membeli beberapa keperluan alat tulisnya. Isteri saya mulanya mengajak saya ke kedai gambar dahulu kerana dia hendak mencuci gambar sebanyak sepuluh (10) keping, andai dimasa hadapan pelbagai urusan hendak dibuat, tidak perlulah dia tergesa-gesa lagi, tetapi saya bawanya ke kedai alat tulis dahulu, saya pun tidak tahu mengapa. Selepas itu, baharulah saya bawa isteri saya ke kedai gambar. Mujur juga urusan mencuci gambar hanya beberapa minit. Sementara menunggu isteri saya selesai mencuci gambar, saya bermain permainan di dalam telefon bimbit, yakni, Asphalt 8: Airborne. Saya sangat menumpukan sepenuh perhatian kepada permainan tersebut. Anak-anak saya sedang menonton Looney Tunes yang sengaja kami sediakan di dalam kereta agar mereka tidak mati kebosanan.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan, tanpa berfikir panjang, saya terus membelok ke taman permainan.

Bukti kami beriadah di taman permainan

Advertisements