Posts Tagged ‘life’

hari2 biasa

Posted: 30 : 07 : 2009 in Waktu biasa
Tags: , ,

dream house (coutersy of static.coolpicking.com/coolpicking.com)

dream house (coutersy of static.coolpicking.com/coolpicking.com)

semalam aku tak on ym, malas, aku gayut ngan wife aku sampai mengantuk, amazingly aku mengantuk pukol 10, dah 2 malam tido awal, nak buat keje pon malas, tapi tadi pagi aku bangun awal la jugak

————————————————————————————–

ouh aku tak crita lagi jiran depan umah aku, yang haritu mengamuk kat jiran sebelah umah aku, kemarin dia mengamuk lagi, aku tgh nak mandi, tu tak jadi mandi, pegi mengintai kejap, dia mengamuk kat umah dia, dia baling sume pasu2 bunga, dia pecahkan kerusi (the funny part is, mula2 dia hentak kerusi plastik tu kat tiang, tu tak pecah, malu kot, dia hentak plak kat lantai, baru pecah), dia buang motor, tu dia marah2, ada plak budak kecik naik basikal slow je lalu depan umah tu sambil tgk, aku takut je budak tu kena tibai, nasib baik tak, apatah dia hangin, maybe dia mabuk lagi kot…malas aku nak layan, aku gi mandi, aku denga jela dia melalut2, tu dia marah sapa tah, jiran jugak kot, dia soh masuk dalam umah, tu dia cabar plak lagi “kau igt kau kuat?? saya lagi kuat!!”…cewah…dah pakai ganti diri kau, pakai saya plak, konflik btol

semalam aku nampak dia berlegar2 kat depan umah dia lagi, carik pasal lagi kot, tapi takde apa2 terjadi, takde point dah kot, kesian tgk kan, tapi takut la jugak neighborhood camtu kan….nak kompol duit cepat, nak beli umah lain, menakutkan je dok kat sini hurm….

rumput depan umah dah mcm hutan dah, bila tah nak potongnya…..

Advertisements
sate ayam (courtesy of sexychef.blogsome.com)

sate ayam (courtesy of sexychef.blogsome.com)

aku berusaha penuh untuk membuang (aku tak plan nak buang, tapi aku tanak dia dalam team, not atleast he know how to handle the job well n it’s up to company if they want to fire him) tapi aku tatau nak buat macam mana lagi since aku tak cukup point, semua point aku akan (for sure) di counter ngn aku disuruh ajar dorang ni sampai bleh buat keje, kamon man…:( aku (ada masa) tanak buat keje camtu, plz….

aku terlalu selalu dikelilingi dengan org yang dah biasa buat kerja mcm aku sampai aku takleh trima org yang tak berpengalaman (bangsat cruel bodoh!), tapi aku masuk sini dengan dijanjikan staf berpengalaman…mungkin maksud dia pengalamandari segi tak reti buat keje, menyusahkan org, menghisap rokok dalam masa yang sgt lama dan dtg lewat ke ofis…wah! kalu aku adalah sejenis ungka yang corrupt, tentulah aku memerlukan tenaga kerja yang sama corruptnya dengan aku, tapi aku tidak seungka itu, makanya aku perlukan tenaga kerja juga yang tidak ungka kan??

maybe aku demand nak mampos, tapi aku prefer org btol2 qualified berbanding org baru nak belaja, aku prefer org tu belaja dulu sampai qualified baru masuk team yang dah head 80years above him

oh tak baiknya aku cakap camtu, in the other side, aku takleh salahkan dia sebab dia tatau buat keje, aku sendri pon ada weakness, kalu aku keje sebagai whatever yang dia do the best, mesti aku pon selenga cam dia jugak kan?? tapi aku kena fikirkan bab aku skang, bab skill maybe bleh dihasilkan thru time (its freakin long time), tapi bab disiplin, kamon man…kau leader la bodo!!

dan semalam, setelah lama aku dengar dia panggil org BRO, semalam dia panggil org DUDE!! kakakakakaka

———————————————————————–

tadi malam ada tahlil kat ofis besempena pembukaan ofis baru, aku sama PIC (partner in crime) aku tak dtg, rebell ke ungka sumbang?? dorang baca yasin, jemaah, makan2 pe sume ngn meriahnya, yey, aku cuma dengar harini berita kemeriahan majlis tu, ada nasik beriani dan sate (fat~) dan aku merasa jugak secucuk tadi pagi ada ofismate bawak, terima kasih

Manis

Posted: 23 : 07 : 2009 in Lupa Tag!
Tags: , , ,

air manis dan air suam (courtesy of http://asleez-asrolareleez.blogspot.com)

kat sebelah ofis aku terdapat seekor kedai makam makan, pagi je aku makan situ pasal pakcik kedai tu sgt isu sebab aku tak minum air manis, dia cakap karang aku takde tenaga nak buat keje, atleast minum kurang manis, janji air tu bewarna la kot, oh tidak pakcik, aku dah explain kat pakcik tu aku ada batu karang, aku cuba jaga supaya batu tu tak menyakitkan buah pinggang n hati aku lagi, so aku kenala jaga hati batu karang tu

pakcik tu counter balik cakap dia pon ada batu karang, tapi dia ok je minum air manis, lantak kau la pakcik, doktor kata org batu karang takleh minum manis selalu, gula tu karang tepu tu yang jadi batu (setakat yang aku tau, wallahualam), daging pon kena jarang, bayam pon takleh, pisang pon sama (merujuk sebuah website la, aku tak igt add dia apa, malas nak carik)

nantila ye pakcik, bila aku dah bersedia nak minum manis nnt aku minum manis, pakcik tu maybe tak puas hati pasal kalu aku dtg cam tak balik modal je, ala…rezeki ada kat mana2 pakcik, kejap lagi aku nak gi sarapan, aku rasa pakcik tu takde pasal semalam dia cakap dia anta makanan ke putrajaya, 5hari ni, tu kan dah rezeki, setakat nak aku minum air teh ke nescafe ke, apa la sgt byknya, nak isi minyak motor bleh, tapi tak jauh mana la n pakcik tu tak naik motor, dia naik kereta, mpv lagi, kalu isi $1.20, sekali press je kot

————————————————————-

tadi malam jiran depan umah aku (apparently mabuk, base on gaya dia melayang) mengamuk kat umah akak2 kilang sebelah umah aku, mencarut ke mende sume, family dia dok panggil2 dari depan umah dia, hesh~

lepas tu aku tatau apa jadi, tetiba dia bunyi mcm sedih dia cakap kaki dia kena langgar (sebelum tu aku dengar kereta lalu agak laju), dia cakap kaki dia sudah pecah, tu dia ajak gaduh…

tak pape pon sebenanya, kaki dia ok je, dia berhalusinasi kot…atau dia minum air manis byk sgt…damn~