Archive for November, 2009

Sekolah Berasrama

Posted: 23 : 11 : 2009 in Lupa Tag!

 

semalam aku berbincang dgn lina pasal nak anta anak pegi asrama, aku berani je, tapi lina tak berani

aku crita hal ragging n struggle masa 5taon kat hostel dulu, for some reason, aku takde la rasa trauma nak masuk hostel everytime skolah bukak, teruja pon ada sebab dok jauh dari family, takdela jauh dari family tu kira aku bleh buat apa yang aku suka, kecuali masa naik form4 n 5, masatu memang beraja pon kat hostel 😀

tapi selepas beborak ngn lina pasal hal ragging zaman skarang, aku pon jadi takut, zaman aku dulu, ragging tu ada, tapi kami tau limit: sakitkan, tapi jgn cederakan, kami pon jarang sentuh budak nak bagi sakit ke hape, mostly ragging suruh dorang belakon bodoh2, hanya untuk ketawa, bukan untuk disakitkan, zaman skarang budak2 dah suka sakitkan org lain, kalu aku sebagai parent dah tentula sedih anak kena tibai kan~ nak pegi hambat budak yang tibai tu…tak tentu lagi mak bapak dia kang dtg tibai kita balik, konon nak kata anak dia baik

hostel asalnya nak bagi budak lebih berdikari, lebih cerdik (sebab duduk dekat dengan skolah), lebih matang, tapi zaman skarang dah jad lain, rasa tak selamat plak nak anta kat hostel, jgn kata hostel, skolah biasa pon blom tentu selamat, rasa mcm nak ajar sendiri je

apa yang buatkan budak2 ni jadi makin kasar n tak berfikir panjang bila bertindak, budak2 skarang bukan bodoh2 lagi, makin hari makin pandai, tapi otherside nye makin dungu n bebal

aku tefikir dulu zaman bapak aku kecik2, dorang berusaha nak jadi pandai, nak jadi org berguna, dorang berusaha nak berjaya, tapi zaman skarang ni, nak masuk generasi ke3 start dari bapak aku, budak2 berusaha nak jadi bodoh, nak jadi org tak berguna, berusaha nak hidup susah n susahkan org lain….paling best, dorang mcm belumba2 nak jadi sapa lagi jahat n jadi loser bila dah besar karang

ouh, apa2 pun aku terpaksa timbangkan semula nak anta anak aku nnt ke hostel, aku suka life hostel, tapi aku tak ske fact yang “anak kau takkan selamat masuk hostel” kind of situation, mungkin 1 hari nnt dah takde sapa nak pegi hostel sebab takkan selamat, mungkin lepas tu takde sapa nak pegi skolah sebab budak2nya makin jahat, mungkin 1 hari nnt pengantin baru tepaksa amik khidmat kaunseling untuk ada anak, mungkin 1 hari nnt makin ramai org tak kawin sebab takut anak dia mati masa umur muda kena pukul dek kawan2, mungkin 1 hari nnt zuriat kita akan teputus macam tu je disebabkan akhlak buruk org lain

 

. . .