Posts Tagged ‘facebook’

Dalam kesibukan tidak tentu hala hari ini, saya pening-pening lalu saya cuba lari sebentar dari kemusnahan diri dan menulis langkah-langkah berkongsi kiriman dari WordPress ke Facebook ini, agar menjadi pedoman buat pengguna semua.

Baiklah, tanpa melengahkan masa dan berterima kasih lagi, kita mulakan kehidupan baru ini!!
(klik untuk paparan lebih jelas)

Langkah 1:
step1Dari muka depan akaun anda, klik Setting

Langkah 2:step2Kemudian klik Sharing

Langkah 3:
step3Dalam paparan ini, klik Connect untuk akaun Facebook (anda juga boleh klik pilihan lain — terpulanglah, anda semua sudah besar panjang)

Langkah 4:
step4Kemudian anda akan terus dibawa ke aturcara Facebook, paparan ini keluar jika anda belum atau tidak pernah membenarkan aturcara platform pada Facebook anda

Langkah 5:
step5Paparan ini akan muncul, klik sahaja Okay  (jika anda sudah membenar atucara platform sebelum ini, anda mungkin melepasi langkah 4 tanpa segan silu)

Langkah 6:step6Klik Okay (saya tidak tahu apa akan terjadi jika anda klik Skip – saya tidak bertanggungjawab)

Langkah 7:
step7Klik Okay (saya tidak tahu apa akan terjadi jika anda klik Skip – saya tidak bertanggungjawab)

Langkah 8:
step8Anda akan dilencongkan semula ke pangkal jalan…erm…yakni ke muka akaun WordPress anda, jika anda tiada akaun lain tiadalah terpacul paparan sebegini, mungkin ada satu sahaja akaun, klik OK

Langkah 9:step9Kini nama akaun Facebook anda telah dipapar sebagai sambungan terus, anda sudah boleh menulis kiriman dan ia akan terus dikirim ke dinding Facebook anda!! hooray!!

Advertisements