Archive for 03 : 09 : 2006

saya semalam

Posted: 03 : 09 : 2006 in Lupa Tag!

ex aku tepon semalam, layan baik jela even aku tatau pehal aku nak layan dia, maybe sebab rank kebencian kat dia dah turun 1 anak tangga selepas ida (fuck her!!), anyway, semalam jugak motor aku nak kene culik, naseb bayek pak gad nampak, tq pak gad, i owe u one, then i was payed on the spot aite?? 

:: berkelahi dengan masa dan kemalasan, sampaikan kerja jadi cincai boncai, terfikir apa akan jadi jika terusan berkelahi, dan saya masih terus terselimut dengan ingatan pada saniah, dan akhir2 ini semakin kejap selimut ingatan itu, cuba bekukan hati dan teruskan nafas seperti biasa, nantikan apa saja yang ALLAH S.W.T berikan kemudian hari, kebenarannya saya masih sibuk dan terus terusan sibuk dengan hal dunia dan wang ringgit yang bilangannya tetap seperti pada akhir bulan setiap bulan, sudahnya saya berkelahi lagi dengan masa dan kemalasan, keadaan tetap sama seperti mula2 sampai di sini dulu, kerja makan dan tidur, dan itu yang akan terus terusan hadir dan pergi pada sebakian hidup,  semalam, saya didatangi seorang lelaki yang meminta pertolongan seperdua perkara, berikutan saya kurang selesa akan permintaan tersebut, saya memberikan beberapa alasan dan lelaki tersebut mengalah, kemudiannya, seperti jaluran laser sepintas saat membenihkan akal dan persoalan; patutkah berhutang jika tidak mampu?; patutkah menipu untuk berhutang?; apa yang menjadikan lelaki ini begitu berani untuk berhutang?; pada kesimpulan saya waktu itu, di situ, barangkali dia seorang tipikal lelaki mahu membuktikan yang dia mampu itu dan ini, dasarnya pada perempuan, terang saya katakan, karut dan tidak perlu, dia bahawasanya cukup dewasa (hakikatnya, tua) untuk mengakal hitam putih akan datang,  malah pada kebanyakan waktu, dia sendiri seolah tidak mengaku keadaannya, kedewasaannya, ketuaannya, krisis pertengahan umur dan masih belum berkahwin, kerana akalnya berkata, mana mungkin perempuan tertarik pada keadaanku begini…saya masih berkelahi meski sedar waktu makin byk memakan usia dan amanah yang saya pikul, begitupun, saya gagahi (tidak sesukar mana hakikatnya) dan pikul amanah itu, biarpun sekeping kertas, makin ditangguh makin berat, dan teruslah berkelahi, tambahan saya habiskan pada saat saat akhir sebelum saya lena dan lampu bilik masih terpasang…

saya menulis kerana teringat hari-hari lepas, hari-hari saya giat menulis cerpen, hari-hari saya dihargai atas penulisan saya, hari-hari saya bazirkan dengan seloka dan pantun, hari-hari saya sayang pada sastera melayu