money [they're really (not)] comes free!!
aku dalam fasa mendonlod games n movies sebanyak mungkin, sedaya upaya carik duit lebih dalam masa yang sama, dan usaha sehabis baik protect work2 aku dari kena ciplak….kekekekek
apa point aku??
aku, macam orang lain jugak, nak duit byk2, nak kaya, nak mewah, nak overrated, kalu tak kaya gila pon, atleast berduit…secara amnya, nak duit, tapi dalam masa yang sama aku nak sume mende free, donlod movie free, nak main games free, software free, makan pon kalu bleh nak free, dalam pada masa yang sama aku tanak org amik work aku secara free, sebab nnt aku sakit hati n angggap work aku worth sumting
tapi dalam aku buat keje donlod2 ni, aku abaikan fakta yang org yang hasilkan apa mende yang aku donlod tu pon mungkin sakit hati sebab aku gunakan hasil kerja dia secara free, kalu nak dibandingkan, hasil kerja dia adalah lebih baik dari hasil kerja aku [kalu tak, takkan aku nak donlod], jadi ia lebih mahal berbanding kerja aku yang habis lama buat pon 2 hari (tambah masa malas)
tapi kenapa ah nak duit byk2 tapi nak sume mende free?
apa point ada duit byk2 tapi sume mende nak free?
manusia adalah collector, mungkin duit tu sekadar nak dikumpul dan bermegah2
mungkin tu sebagai kasta sesama manusia lain
oh, aku tgh donlod crita melayu skarang dari blog free dan aku donlod dari rapidshare juga guna akaun free, hasil dari tulisan harini, aku tak tentu lagi berubah menjadi pembeli kepada semua mende, tapi aku tetap persoalkan fakta yang aku nakkan duit, aku nak semua mende free, aku tanak hasil kerja aku kena rompak….kakakakaka…tak adil betul
