it is now officially official!!
aku telah mengambil keputusan untuk tidak reprint ARTBOOK VOL1 ni, makanya, stok yang ada skarang adalah stok terakhir dan menunggu untuk vol2 yang akan lebih terhad printingnya, juga tidak akan reprint
Branding
mcm2 dah dalam kepala, nak buat itu nak buat ini, soalnya sabar, tunggu dan dahulukan apa yang patut, erm…dahulukan tu maksudnya ada 2, dahulukan kerja wajib dan dahulukan wang sendiri, maksud yang kedua tu sgt berat, tak tedaya nak pikul, tapi kena jugak saba, insyaallah ada rezeki
aku cuba sedaya upaya brand kan TANGH! sebaik mungkin, taon depan punya plan pon dah mcm2, disamping berkhayal, rupa2 duit lalu bersama, buatkan aku khayal sekejap2
baby nak kuar, modal blom sampai target…bismillah~
TANGH! : KAMAL MASRUN’S ARTBOOK VOL 1
TANGH!: Kamal Masrun’s Artbook VOL. 1
Dari ilustrator dan animator TANGLONG, buat julung kalinya secara eksklusif di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, dengan inisitiaf gerakan bersepadu MANTERAWORKS, mempersembahkan TANGH! : Kamal Masrun’s Artbook VOLUME 1[/color]
Pada bermula tanggalnya 19hb Mac 2010 ini nanti, MANTERAWORKS akan melancarkan sebuah hasil usaha ilustrator dan animator prolifik TANGLONG @ KAMAL MASRUN dengan penerbitan TANGH! : Kamal Masrun’s Artbook VOLUME 1 !
Siri ini adalah berinspirasi dari koleksi portfolio dan artwork terbaik TANGH sepanjang kariernya sebagai seorang seniman dan karyawan komik.Ada diantara paparan karya dan kerja seni komik yang terkandung di dalam artbook ini, tidak pernah muncul dan BARU sahaja didedahkan kepada khalayak dunia buat PERTAMA kali!
Cetakan self-published edisi terhad ini, diterbitkan melalui proses yang cukup teliti, perinci dan kualiti sekali dengan penampilan 40 variasi ilustrasi serta artwork pilihan terbaik. Mempunyai lembaran 48 muka surat bersaiz A4, malah disertakan juga poster mega eksklusif hanya dari TANGLONG!
Maka, inilah masanya yang paling tepat sekali untuk anda memiliki artbook unggul serba ISTIMEWA DAN EKSKLUSIF ini dijadikan koleksi peribadi anda sebagai seorang pencinta seni dan komik.
Pre-order SEKARANG di:
budaksapa@yahoo.com / TANGLONG @ KAMAL MASRUN
faizalmukhtar@gmail.com / FAIZAL MUKHTAR
atau layari
tanglong.deviantart.com
faizalmukhtar.com
tshirtstudiomalaysia.blogspot.com
————————————————————————————————————————–
+ artbook aku ni publish sendri
:: RM25 format english
:: 48 page dengan 40 official artworks format A4 (tak termasuk kulit)
:: poster bersaiz A2 (compliment from the chef)
:: pre order buleh di buat melalui pergh.com (pm aku), atau emel aku budaksapa@yahoo.com
+ kalu korang penah beli popcorn, bayangkan cover popcorn tu jadi inlay artbook ni
, tebal la critanya ni, poster size A2 besar siol, ouh, officially mula dijual di pesta buku, tapi aku menerima pre order mulai harini
+ aku juga akan berada di booth – manteraworks (confirm on weekend) untuk sesi autograf n sesi KARIKATUR RM1!!; kutip fund untuk aqeqah baby tangh! bulan 5 karang
(doakan baby selamat, sehat, soleh – boy, dan umminya jugak selamat, amin…)
++ jangan compare aku dengan company besar yang bleh publish printing dengan volume yang banyak dgn harga mampu milik (murah), aku bergerak sendiri, tolong aku juga untuk lebih bergerak dimasa akan dtg, tentu sekali aku feature artis lain nanti, aku perlukan sokongan semua untuk ini 
SOKONGLAH INDUSTRI KECIL KITA YEARH!!!!!
IMPORTANT!! :: untuk pre order, nyatakan sama ada anda mahu mengambil sendiri di booth atau postal servis (kos penghantaran akan diumumkan kemudian), terima kaseh! 
isu kemiskinan bandar
cam skima gila sial, hahahahaha
wife aku baru naik skolah balik last week, dia bz itu ini, aku suka tanya mcm2 pasal budak skolah, isu nye mestila budak skolah darjah 1, tapi dtg isu baru, isu budak baru, ni bukan darjah 1, tapi darjah 2 dan abangnya darjah 5, both of em can’t read, tapi tatau sapa letakkan budak2 tu dalam kelas pandai, bukan nak mengasingkan, tapi kesian la plak kat budak tu pasal budak2 skolah wife aku ni racist skit ngn budak2 yang tak berapa pandai (kakakakakaa)
isu budak tak berapa pandai ni dah biasa dalam culture org melayu, tapi yang aku ting tong, 2 org budak ni asal dari puchong, the situation b4 they got to kampung is in a city, dorang duduk kat bandar, knowing that they can’t read is bothering me so much till now, camna bleh jadi camtu??
aku tak penah kesah berita pasal menteri nak naik taraf certain part of town yang agak tekebelakang, tapi bila dtg crita camni, waw….tak tefikir plak tekebelakng sampai camtu, serupa budak tu duduk kat kampung je, budak kampung lagi pandai dari dorang plak pe, hurm…..nak cakap camna?? kalu dorang tros hidup tak tejaga, tak pandai baca, tak bleh itu, tak bleh ini, parent tak amik kesah, no wonder jadi tak berapa elok besar karang, oh kasihannya anak bangsa
tapi aku still takleh trima budak2 dari bandar tak pandai baca, dah darjah 2 n 5, its sumting else, its not natural
camong mang~
S E N G A L ! !
aku dari perak tadi pagi pukol 4.45, ujan lebat sampai kat bidor, pastu berenti pastu ujan balik, ujan berenti ujan berenti sampai la kat balakong tadi kol7.15, dengan basah (bia pon dah pakai baju ujan), sejuk, letih mengantuk, tros call lina cakap aku dah sampai, 1st thing dalam kepala nak basuh baju, makan, tido kejap
masuk umah tros tanggal seluar basah masuk washing machine, pastu aku gi korek beg aku yang separa basah, amik sume baju masuk washing machine, basuh baju2 tu sume, pastu aku makan kuey tiaw mak metua aku tapaukan sebelum gerak tadi pagi (kol3 dia bangun masakkan aku kuey tiaw)
memang target aku nak kenyang pastu belingkar, sejuk plak tu, aku slowkan tv pastu aku cuba tido ngn perut penuh dengan kuey tiaw goreng, tgh tido washing machine aku bising2 plak, mesti aku tetinggal duit syiling dalam tu, biakan jela, tapi tak penah plak syiling bunyi kuat gila babi camtu, aku malas gila nak layan, aku tutup tlinga ngn bantal kecik, tapi denga jugak, takut washing machine aku rosak, aku bangunla dengan mata half open
aku stop kejap washing machine, korek2, jumpa duit, 5c, korek lagi, 10c, korek lagi rasa bende besar, “takkan sabun buku kot??” aku fikir camtu mula, tapi aku tak tarik keluar, rasa kat dalam tu, rasa mcm familiar
sekali aku kenal rasa tu, naik tros darah atas kepala, cerah secerah tengah hari mata aku, henfon aku dah betakung air dalam tu!!, panik jugak, bukak segala2 yang bleh tefikir kat kepala, pastu aku jemurkan, meleleh2 air, hurm…..
aku tak larat nak fikir, sendat pala otak akutgk hp tu, takpelah, aku cuba tido lagi, tapi takleh nak tido, aku baring tak sampai seminit pon, aku bangun balik, jam dah kol 8.15, aku slow2 siap nak ke ofis, segala barang dalam beg besar tadi aku transfer masuk beg rutin pegi ofis, mata still berat lagi, pakai jaket, tapi mata kat tv, sambil kutip kunci moto n kunci umah, kepala blank habis
skali lagi pala hotak aku bercahaya dengan halo yang kuat, aku raba2 bontot……WALLET!!!
damn……..
Penamaan anak

baby (courtesy of http://z.about.com)
aku tgh chatting dengan member, dia baru kawen, tetiba aku tringat hal aku nak tulis sgt2 lama dah, memberi nama anak
recently aku byk beli buku PA & MA (karangkraf publishing), tgk baby tu baby ni, so adala yang anta surat apa2tah, nnt last surat tu dia mention nama baby dia, makin hari makin canggih nama baby ye, sampai dah tatau apa maknanya dalam islam, dah takde bunyi arab/english/melayu/jawa, secanggih nama seorang alien dari planet lain
aku tak igt la plak nak mention nama apa yang aku baca tu, tapi memang canggih habis, sampai ada nama 4 perkataan, nak panggil apa tu??
kadang2 dengar ceramah kat radio, ada la jugak sebut pasal panggilan kat anak, seeloknya panggil dengan nama penuh atau panggilan yang mendewasakan budak tu, so takdela dia childish atau geek nnt masa dah besar, tapi kalu dah panjangnya 4 perkataan camna nak panggil, let say mohd armikush saidi hashim bin kamal (katakanla), tu dah besar panggil JO, mana dtg tah……..ouh nama aku pon tak best, TANGLONG, mana dtg tah, nak extract huruf A je la dari nama kamal tu, huruf lain dari manatah, kekekekeke
lepas ni, korang takkan jumpa lagi nama ghazali, rashid, ghani, abu, samad, sani, budin, etc yang bunyi cam tak canggih lagi, mungkin ic akan dibesarkan sebab nama yang lebih panjang dari alamat kat bawah tu, atau tulisan dia kecikkan skit, mungkin lepas ni kalu cikgu nak panggil nama penuh sorang budak tu mengambil masa separuh waktu belajar, tu baru sorang murid, kalu dalam tu ada 40murid?? darab setengah jam sorang?? bila la masa nak belajar nya (sori aku exergerate sgt)
letak nama panjang2 pon bukan aku igt, tak mungkin aku je, org lain pon mungkin akan tanya 2 3 kali nama anak tu pasal tak igt, teseliuh lidah nak sebut nama budak tu, kesian dia, letak nama telebih canggih pon kalu budak tu terjal, tak canggih la jugak, nnt korang nak marah budak tu susah, nak panggil nama dia canggih2, panjang2
semuga korang tak terasa hati, aku cuma mmberi pendapat, selebihnya korang bleh fikir sendri, korang pon dah besar, dah tau baik buruk
assalamualaikum!!
money [they're really (not)] comes free!!
aku dalam fasa mendonlod games n movies sebanyak mungkin, sedaya upaya carik duit lebih dalam masa yang sama, dan usaha sehabis baik protect work2 aku dari kena ciplak….kekekekek
apa point aku??
aku, macam orang lain jugak, nak duit byk2, nak kaya, nak mewah, nak overrated, kalu tak kaya gila pon, atleast berduit…secara amnya, nak duit, tapi dalam masa yang sama aku nak sume mende free, donlod movie free, nak main games free, software free, makan pon kalu bleh nak free, dalam pada masa yang sama aku tanak org amik work aku secara free, sebab nnt aku sakit hati n angggap work aku worth sumting
tapi dalam aku buat keje donlod2 ni, aku abaikan fakta yang org yang hasilkan apa mende yang aku donlod tu pon mungkin sakit hati sebab aku gunakan hasil kerja dia secara free, kalu nak dibandingkan, hasil kerja dia adalah lebih baik dari hasil kerja aku [kalu tak, takkan aku nak donlod], jadi ia lebih mahal berbanding kerja aku yang habis lama buat pon 2 hari (tambah masa malas)
tapi kenapa ah nak duit byk2 tapi nak sume mende free?
apa point ada duit byk2 tapi sume mende nak free?
manusia adalah collector, mungkin duit tu sekadar nak dikumpul dan bermegah2
mungkin tu sebagai kasta sesama manusia lain
oh, aku tgh donlod crita melayu skarang dari blog free dan aku donlod dari rapidshare juga guna akaun free, hasil dari tulisan harini, aku tak tentu lagi berubah menjadi pembeli kepada semua mende, tapi aku tetap persoalkan fakta yang aku nakkan duit, aku nak semua mende free, aku tanak hasil kerja aku kena rompak….kakakakaka…tak adil betul
Sekolah Berasrama
semalam aku berbincang dgn lina pasal nak anta anak pegi asrama, aku berani je, tapi lina tak berani
aku crita hal ragging n struggle masa 5taon kat hostel dulu, for some reason, aku takde la rasa trauma nak masuk hostel everytime skolah bukak, teruja pon ada sebab dok jauh dari family, takdela jauh dari family tu kira aku bleh buat apa yang aku suka, kecuali masa naik form4 n 5, masatu memang beraja pon kat hostel
tapi selepas beborak ngn lina pasal hal ragging zaman skarang, aku pon jadi takut, zaman aku dulu, ragging tu ada, tapi kami tau limit: sakitkan, tapi jgn cederakan, kami pon jarang sentuh budak nak bagi sakit ke hape, mostly ragging suruh dorang belakon bodoh2, hanya untuk ketawa, bukan untuk disakitkan, zaman skarang budak2 dah suka sakitkan org lain, kalu aku sebagai parent dah tentula sedih anak kena tibai kan~ nak pegi hambat budak yang tibai tu…tak tentu lagi mak bapak dia kang dtg tibai kita balik, konon nak kata anak dia baik
hostel asalnya nak bagi budak lebih berdikari, lebih cerdik (sebab duduk dekat dengan skolah), lebih matang, tapi zaman skarang dah jad lain, rasa tak selamat plak nak anta kat hostel, jgn kata hostel, skolah biasa pon blom tentu selamat, rasa mcm nak ajar sendiri je
apa yang buatkan budak2 ni jadi makin kasar n tak berfikir panjang bila bertindak, budak2 skarang bukan bodoh2 lagi, makin hari makin pandai, tapi otherside nye makin dungu n bebal
aku tefikir dulu zaman bapak aku kecik2, dorang berusaha nak jadi pandai, nak jadi org berguna, dorang berusaha nak berjaya, tapi zaman skarang ni, nak masuk generasi ke3 start dari bapak aku, budak2 berusaha nak jadi bodoh, nak jadi org tak berguna, berusaha nak hidup susah n susahkan org lain….paling best, dorang mcm belumba2 nak jadi sapa lagi jahat n jadi loser bila dah besar karang
ouh, apa2 pun aku terpaksa timbangkan semula nak anta anak aku nnt ke hostel, aku suka life hostel, tapi aku tak ske fact yang “anak kau takkan selamat masuk hostel” kind of situation, mungkin 1 hari nnt dah takde sapa nak pegi hostel sebab takkan selamat, mungkin lepas tu takde sapa nak pegi skolah sebab budak2nya makin jahat, mungkin 1 hari nnt pengantin baru tepaksa amik khidmat kaunseling untuk ada anak, mungkin 1 hari nnt makin ramai org tak kawin sebab takut anak dia mati masa umur muda kena pukul dek kawan2, mungkin 1 hari nnt zuriat kita akan teputus macam tu je disebabkan akhlak buruk org lain
. . .





